Kuala Lumpur 2 April 2012 -
Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Shabery Cheek menyatakan bahawa
golongan belia merupakan kuasa besar dalam sistem ekonomi negara dalam
menjelaskan terjemahan
kementerian
terhadap keberkesanan Program Himpunan Jutaan Belia 2011 yang lalu
untuk golongan belia secara keseluruhannya. Beliau menjelaskan perkara
berkenaan dalam menjawab pertanyaan Dewan Rakyat yang dikemukakan oleh
YB Batang Sadong, Puan Hajah Nancy Haji Shukri.
Jelas
beliau, kajian impak ekonomi oleh pihak MITI (Ministry of International
Trade and Industry) menyatakan bahawa program himpunan tersebut telah
memberi kesan pengganda ekonomi sebanyak RM 110 juta melalui jumlah
perbelanjaan pengunjung, sektor kerajaan, sektor swasta dan NGO
sekaligus menyumbang kepada nilai ditambah ekonomi sebanyak 0.014%
daripada nilai KDNK tahun 2010.
Dianggarkan
seramai 1.1 juta pengunjung hadir di Putrajaya sepanjang 3 hari
himpunan tersebut diadakan dengan purata perbelanjaan sebanyak RM100
seorang.
Sejurus
selesai menjawab pertanyaan Dewan Rakyat, satu sidang media diadakan di
lobi Dewan Rakyat bagi mempromosikan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya
2012 yang akan diadakan pada 23-27 Mei 2012. Dato' Sri Shabery Cheek
menyatakan bahawa pada tahun ini, lebih 500 program dan aktiviti
diadakan daripada 38 segmen.
Himpunan
5 hari ini akan melibatkan 6 KM sekitar kawasan Putrajaya, 1000 orang
artis dan penghibur, 22 buah pentas dan sasaran penyertaan seramai 2
juta belia. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara,
Tuan Borhan Dolah.
Selain itu juga, beliau berhasrat untuk menjadikan himpunan ini salah satu 10 himpunan terbesar di dunia.
Disediakan oleh : (Sekretariat HBN 2012)
http://www.hbn.gov.my/index.php/berita-hbn-2012/37-berita-hbn-2012/155-gegaran-hbn-2012-menemui-belia-di-sgwang-plaza-kl.html
0 comments:
Post a Comment