24 May 2009 |

Welcome

S

Selamat datang ke laman maya ICT. Blog Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu ini di bangunkan bagi memberi maklumat kepada para belia di Daerah Hulu Terengganu khususnya dan Negeri Terengganu Amnya, serta rakan-rakan maya yang inginkan maklumat berkaitan belia.

Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu kini bergerak selangkah kehadapan dalam usaha mewujudkan golongan belia yang berjiwa merdeka. Sudah semestinya remaja pasca merdeka tidak mendapat menjiwai akan erti kemerdekaan sebenar. Justeru itu tanggungjawab ini perlu dipikul oleh pertubuhan belia yang wujud disemua peringkat, samada diperingkat kampung maupun diperingkat bandar. Usaha ini perlu digembeling dan digandingkan dengan hasrat kerajaan yang inginkan hasrat 1 malaysia menjadi kenyataan.

Oleh itu di laman ini akan dipaparkan beberapa maklumat yang boleh dikongsi bersama oleh rakan-rakan belia.