27 July 2009 |

Explorasi Gagau Hari Pertama dan Kedua

H
ari pertama : 25 Julai 2009 Explorasi Pendakian Gagau berjalan dengan lancar. Para Peserta dibawa ke Rumah Penginapan Tanjung Mentong. Disini para peserta di beri taklimat oleh Pegawa Penjaga Rumah Penginapan Tanjung Mentong. Sejurus selepas taklimat peserta di bawa melawat Gua Bewah. Pegawai dari Muzium Negeri Terengganu telah menyampaikan taklimat mengenai sejarah Gua Bewah dan Gua Taat. Selepas selesai disini para peserta terus dibawa ke lokasi perkhemahan di Sungai Cicir.


Di Base Camp Sungai Cicir para peserta diberikan taklimat terakhir mengenai perjalanan menuju puncak Gagau yang ketinggian 14600 meter. Beberpa keperluan juga di sediakan oleh Jawatankuasa Majlis Belia bagi melancarkan perjalanan menawan Gunung Gagau. Turut serta dalam explorasi ini ialah kakitangan TV3 iaitu Hazran Mohamad dan Mohamad Junaidi Subuh dari kelab Redah TV3. Mereka akan membuat pengambaran sepanjang pendakian dan akan dimasukkan kedalam slot Buletin Utama.

Hari Kedua : 26 Julai 2009 Tepat jam 9.00 pagi peserta dilepaskan untuk pendakian menuju Kem A dengan jarak 6 kilometer. Peserta akan berehat disini seketika dan akan meneruskan pendakian ke Kem 2 dengan jarak 10 kilometer. Disini para peserta akan bermalam.





























16 July 2009 |

Eksplorasi Gagau Challenge 2009

M

ajlis Belia Daerah Hulu Terengganu bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu dan Jabatan-Jabatan Kerajaan akan mengadakan Eksplorasi Gagau Challenge 2009 pada 25 hingga 28 Julai 2009. Seramai 60 orang dijangka menyertai eksplorasi ini yang bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang alam semula jadi serta memupuk semangat jati diri. Program ini akan diketuai oleh YB Rozi bin Mamat, Exco Kerajaan Negeri Terengganu.


Hari Pertama ( 25 Julai 2009 )
08.30 am - Peserta berkumpul di Pejabat Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu
10.00 am - Bertolak ke Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir
12.00 pm - Dijangka tiba di Tanjung Metong (Pintu masuk ke Taman Negara Terengganu)
01.00 pm - Makan Tengahari / Solat Zohor
03.00 pm - Lawatan ke Gua Bewah
05.00 pm - Tiba di Base Camp Sungai Cicir
07.00 pm - Makan Malam / Solat Maghrib / Solat Isyak
09.00 pm - Taklimat pendakian
11.00 pm - Tidur

Hari Kedua ( 26 Julai 2009)
05.30 am - Solat subuh / Persiapan diri
06.30 am - Sarapan pagi
08.00 am - Pendakian bermula
12.00 pm - Dijangka sampai ke Kem 1 ( Makan Tengahari )
01.00 pm - Bertolak ke Kem II
05.00 pm - Di Jangka Tiba di Kem II / Persiapan perkhemahan
07.30 pm - Makan malam / Solat Maghrib / Solat Isyak
09.00 pm - Taklimat perkhemahan
11.00 pm - Tidur

Hari Ketiga ( 27 Julai 2009 )
06.00 am - Solat Subuh / Persiapan Diri
07.30 am - Pendakian ke Puncak Gunung Gagau
10.00 am - Di Jangka tiba di Puncak Gunung Gagau
11.00 am - Turun ke Kem II
01.00 pm - Tiba di Kem II ? Makan Tengahari
02.00 pm - Bertolak balik ke Kem I
07.00 pm - Bermalam di Kem I

Hari Keempat ( 28 Julai 2009 )
06.00 am - Solat Subuh / Persiapan diri
07.30 am - Bertolak balik ek Base Camp Sungai Cicir
01.00 pm - Dijangka tiba di Base Camp Sungai Cicir
03.00 pm - Berlepas pulang ke Pengkalan Gawi.
05.00 pm - Dijangka tiba di Pengkalan Gawi. BERSURAI

Program Gerak Daftar

P

rogram ini dijalankan untuk memberi taklimat kepada persatuan atau individu baru mengenai bagaimana menubuhkan pertubuhan belia yang baru. Dalam hal ini Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu akan menyelia semua pendaftaran persatuan-persatuan bagi memastikan semua persatuan belia dapat di daftarkan dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.

MAKLUMAN kepada cawangan baru yang telah diluluskan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia: Cawangan persatuan anda dinasihatkan supaya mengadakan mesyuarat agong yang pertama mengikut subseksyen 18(5) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007. Pertubuhan Belia yang telah berdaftar dengan ROY perlu menghantar Maklumat Yang Perlu Diberi mengikut Seksyen 22 - Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 selewat-lewatnya 60 hari selepas tarikh mesyuarat agong. Borang-borang pendaftaran dan lain-lain maklumat boleh di muat turun.


Apakah kesan langsung pelaksanaan Akta ini ke atas belia dan pertubuhan belia yang didaftar di bawahnya ?


Antara kesan langsung yang dikenalpasti apabila akta ini dikuatkuasakan termasuklah :

* Pertubuhan belia akan didaftar di bawah Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia, Kementerian Belia dan Sukan;

* Ahli dan Pemimpin Pertubuhan Belia hendaklah dari kalangan mereka yang berumur tidak kurang 15 tahun dan tidak melebihi 40 tahun;

* “Pertubuhan Belia” diberi definisi yang lebih jelas bagi memudahkan urusan pendaftaran serta membezakannya daripada pertubuhan lain;

* Ketua Pertubuhan Belia di peringkat kebangsaan hanya boleh menyandang jawatan utama tersebut selama 6 tahun secara berterusan;

* Kawal seliaan dan pemantauan ke atas pertubuhan belia yang berdaftar dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan;

* Sebarang pertikaian dalaman yang berlaku dalam pertubuhan belia yang berdaftar perlu diselesaikan menurut tatacara yang dinyatakan dalam akta;

* Majlis Belia Malaysia diiktiraf sebagai sebuah badan induk utama kepada pertubuhan belia dan ianya berperanan besar dalam penyaluran “suara belia”;

* Kesemua pertubuhan belia yang berdaftar di bawah akta ini, akan diberi perhatian besar oleh Kementerian Belia dan Sukan termasuklah dalam soal pemberian bantuan, pembangunan kepimpinan, pembangunan organisasi dan sebagainya;

* Identiti dan imej sebenar pertubuhan belia akan lebih terserlah sebagai organisasi untuk orang muda apabila ahli dan pemimpinnya dalam lingkungan umur tidak melebihi 40 tahun;

* Peluang yang terbuka luas untuk golongan muda menerajui pertubuhan belia secara tidak langsung akan dapat melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang bakal menjadi pemimpin pelapis negara;

* Ruang perundingan antara golongan belia dan kerajaan lebih terbuka luas, terarah dan bersistematik melalui forum perundingan yang diwujudkan iaitu Majlis Perundingan Belia Negara;

* Pendekatan pembangunan belia di negara ini akan melangkah ke era baru menerusi aplikasi penyelidikan dan pembangunan (R & D) dalam bidang pembangunan belia yang diperkenalkan di bawah akta ini