04 November 2012 |

Program Cakna Belia 2012 Mukim Hulu Berang


Tahniah kepada semua belia yang menjayakan Program Cakna Belia yang berlangsung pada hari ini, 3 November 2012. Konvoy yang disertai oleh 60 buah motosikal ini mengiringi YB Rozi Mamat di Mukim Hulu Berang bagi penyampaian hamper berupa keperluan harian kepada 18 buah rumah golongan daif serta kurang upaya yang dipilih oleh JKK kampung terbabit. Semoga kita berjumpa lagi di Program yang akan datah. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat.
01 November 2012 |

1 Inspirasi



 

Belia Malaysia sambut Aidiladha di Kemboja

Belia Malaysia sambut Aidiladha di Kemboja
E-mailPrintPDF


SEBAHAGIAN ahli MBNP dan MBM yang menyambut Hari Raya Aidiladha di Wilayah Cham, Kemboja baru-baru ini.


SUMBANGAN. Majlis Belia Negeri Perlis (MBNP) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut Hari Raya Aidiladha dengan penduduk Islam di Kampung Spue, Wilayah Cham di Kemboja baru-baru ini.
Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan itu melibatkan seramai 45 sukarelawan MBNP dan MBM itu yang berkampung di situ bermula 23 sehingga 28 Oktober lalu.
Antara aktiviti yang dilakukan, pemeriksaan kesihatan, keluarga angkat, solat sunat Aidiladha, penyembelihan lima ekor lembu, sumbangan 100 pasang pakaian sekolah dan dua komputer riba selain, sukaneka bersama lebih 1,500 penduduk kampung berkenaan.
Rombongan tersebut diketuai Yang Dipertua MBNP, Saiful Munir Bidin serta Timbalan Presiden MBM, Sukor Md. Yusoff bersama sukarelawan dari gabungan badan-badan bukan kerajaan negeri Perlis.
 
Last Updated ( Thursday, 01 November 2012 12:22 )

BR1M 2.0

 
Jommm pakat isi wehh belaker.... :)
 
BR1M 2.0

 https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx

Isi rumah yang layak (RM500):
1) Warganegara Malaysia;
2) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah
> Berkahwin;
> Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
> Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama)

3) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Individu yang layak (RM250):
1) Warganegara Malaysia;

2) Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

• Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
• Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Konvoy Motosikal Cakna Belia

Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu akan menganjurkan Konvoy Motosikal Cakna Belia Mukim Hulu Berang pada 3-11-2012 (sabtu).
Konvoy akan bermula di Perkarangan MBDHT dengan diiringi oleh Exco Belia dan Sukan Negeri, YB Rozi  dan ADUN Ajil, YB Dato' Rasol menuju ke Kg.Kua hingga Kg.Betong dengan pemberian hamper ke rumah golongan daif yang terpilih.
Sesiapa yang berminat boleh hubungi pengerusi persatuan belia kg masing-masing atau terus ke Pejabat MBDHT untuk maklumat lanjut. :)