27 November 2010 |

Seminar Usahawan Belia Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2010


Tarikh : 27 November 2010
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Dewan Seminar Perpustakaan Daerah Hulu Terengganu
Anjuran : Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Hulu Terengganu
Dengan Kerjasama : Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu
Bilangan Peserta : 45 orang

Objektif
1. Menjadikan program ini sebagai penyampai maklumat dan ilmu mengenai bidang keusahawanan khususnya kepada belia yang berminat.
2. Memperkenalkan jabatan/agensi yang berkaitan dengan bidang keusahawanan.
3. Mewujudkan jaringan keusahawanan di kalangan belia.
4. Menyediakan platform kepada belia untuk menerokai bidang keusahawanan.
12 November 2010 |

Persidangan Majlis Perundingan Belia Daerah Hulu Terengganu


Persidangan Majlis Perundingan Belia Daerah Hulu Terengganu Sidang I Penggal II Tahun 2010 telah diadakan sebagaimana berikut :

Tarikh : 17 Mei 2010 (Hari Isnin)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Bilik Gerakan Pejabat Daerah Hulu Terengganu


Objektif Persidangan

1. Memenuhi keperluan Akta Pembangunan Belia dan Pertubuhan Belia yang telah diwartakan pada tahun 2007.
2. Memperkemaskan pelaksanaan program pembangunan belia selaras dengan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional.
3. Bertindak sebagai badan perunding dalam hal yang berhubung dengan pembangunan belia.
4. Badan perunding dan penasihat kepada Pertumbuhan Belia di peringkat daerah.
5. Memperkukuhkan dan mempertingkatkan hubungan antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) dan pertubuhan belia serta agensi kerajaan pada peringkat daerah dalam usaha melahirkan golongan belia yang dinamik dan berdaya saing.
6. Mempertingkatkan perlaksanaan program pembangunan kepimpinan dan pengurusan organisasi belia.
7. Melatih para belia dalam bidang kepimpinan agar menjadi kepimpinan yang berkualiti untuk mentadbir dan mengurus organisasi belia.