BELIA SABAH CENDERUNG SERTAI SKUAD MUDA RELA
Oleh : Sempini Langiton ( Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah)
KOTA KINABALU, 26 Mac 2012 - Peningkatan golongan belia menyertai Skuad Muda Rela di Sabah kini semakin menggalakkan dengan penambahan jumlah kursus kepada golongan muda di negeri ini.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan ), Kementerian Belia Dan Sukan (KBS), Datuk Jamil Bin Salleh berkata, “daripada jumlah keseluruhan 8776 anggota Skuad Muda Rela Malaysia, sebanyak 25 peratus atau 2275 orang adalah berasal dari negeri Sabah”.
Berikutan itu, jumlah siri kursus di negeri ini ditambah daripada empat kali setahun kepada enam kali setahun sementara jumlah penyertaan anggota baru di penganjuran kali ini telah melebihi sasaran yang ditetapkan seramai 191 orang daripada 180 kuota.
“Sasaran untuk meningkatkan jumlah ahli Skuad Muda Rela di Sabah sudah berjaya dicapai dengan cemerlang, malah sasaran di peringkat nasional juga berjalan dengan baik apabila lebih 5,000 ahli skuad itu berjaya dikumpulkan pada tahun lalu,” katanya.

Mengulas lanjut, selain mendaftar sebagai ahli RELA dan menyumbang tenaga untuk Negara dalam aktiviti kesukarelaan dan membantu mengurangkan kadar jenayah jalanan, penglibatan Skuad Muda Rela adalah penting bagi menjaga ketenteraman awam.
Hadir sama Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Hj Mohd Dahali Bin Hj Matsin dan Timbalan Pengarah Rela Sabah, Kolonel (RELA) Najib Bin Gutak.
0 comments:
Post a Comment