SIAPA KAMI
PENGENALAN
Majlis Belia Malaysia (MBM) ialah sebuah Pertubuhan
Bukan Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan
pertubuhan belia dan pelajar di negara ini. Penubuhan rasmi MBM adalah
pada 9 September 1950 apabila Perlembagaan MBM diterima dan Sdr. F.C
Arulanandum telah terpilih sebagai Presiden MBM yang pertama. MBM telah
diiktiraf sebagai majlis belia peringkat kebangsaan bagi negara ini.
Ia ditubuhkan dengan tujuan untuk mengalakkan
kemajuan belia yang seimbang di semua bidang ekonomi, sosial, mental,
fizikal, akhlak dan politik. Di samping itu MBM juga bertujuan untuk
memupuk perasaan kebangsaan dan semangat bekerja dengan penuh dedikasi
untuk kepentingan masyarakat serta negara dan dengan itu melengkapkan
diri mereka agar dapat hidup sebagai warga negara yang matang, kreatif,
proaktif dan bertanggungjawab.
TUJUAN
Tujuan-tujuan utama majlis ialah :
Berusaha menegak dan mengukuhkan prinsip sukarela dan demokratik dalam pergerakan belia.
Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada kerajaan,
badan-badan berkanun atau kepada badan-badan yang lain mengenai
perkara-perkara berkaitan belia.
Mengadakan dan menjalinkan hubungan dengan majlis-majlis lain dan pertubuhan-pertubuhan belia kebangsaan dan antarabangsa.
Menggalakkan penghormatan antarabangsa, persefahaman antara kaum, kerjasama dan kesejahteraan menerusi kegiatan-kegiatan belia.
Menganjurkan dan mengalakkan minat untuk kesuburan
rohani, jasmani, ekonomi dan pendidikan belia di kalangan badan-badan
yang mempunyai minat dalam perkara ini.
Bekerja rapat dengan badan-badan yang bertanggungjawab berkenaan hal ehwal belia untuk kepentingan pergerakan belia.
KEAHLIAN
Keahlian MBM adalah terbuka kepada
pertubuhan-pertubuhan belia kebangsaan dan Majlis-Majlis Belia Negeri
di Malaysia yang mendukung matlamat serta usaha MBM.
Sesebuah pertubuhan belia kebangsaan layak menjadi
badan gabungan jika ia mempunyai tidak kurang dari 20,000 ahli
perseorangan dan bergerak sekurang-kurangnya di enam daripada empat
belas buah negeri di Malaysia.
Pertubuhan itu juga hendaklah demokratik, dan
bergerak sebagai pertubuhan sukarela, menjalankan urusan-urusan dengan
berdikari dan memberikan peluang sepenuhnya kepada semua ahli untuk
mengambil bahagian yang wajar dalam semua kegiatan, di samping keahlian
itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Sekarang ini terdapat 36 buah badan kebangsaan dan
majlis belia negeri serta 4 buah badan bersekutu yang bergabung dengan
MBM (hampir kesemua pertubuhan belia di Malaysia) dengan jumlah ahli
perseorangan tidak kurang dari 3 juta orang.
Organisasi belia kebangsaan terbahagi kepada empat
kategori iaitu; Organisasi Belia Biasa, Organisasi Belia Beruniform,
Organisasi Belia Agama dan Organisasi Belia Pelajar.
i. Organisasi Belia Biasa
Organisasi Belia Biasa ini merupakan pertubuhan
belia yang memberi tumpuan kepada aktiviti sosio-ekonomi. Mereka
merupakan kumpulan yang terbesar dan mempunyai rangkaian di peringkat
kebangsaan, negeri, daerah dan kampung (akar umbi). Antarapersatuan
yang terlibat dalam kategori ini ialah :
1. Gerakan Belia 4B Malaysia
2. Gerakan Belia Bersatu Malaysia
3. Majlis Belia Felda Malaysia
4. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
5. Pergerakan Pemuda Malaysia
6. Persatuan Asrama Belia Malaysia
7. Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)
8. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
9. Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA)
10. Persatuan Belia Sikh Malaysia
11. Persatuan Belia Thai Malaysia
13. Junior Chamber Malaysia
14. Majlis Belia India Malaysia
15. Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia
2. Gerakan Belia Bersatu Malaysia
3. Majlis Belia Felda Malaysia
4. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
5. Pergerakan Pemuda Malaysia
6. Persatuan Asrama Belia Malaysia
7. Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)
8. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
9. Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA)
10. Persatuan Belia Sikh Malaysia
11. Persatuan Belia Thai Malaysia
13. Junior Chamber Malaysia
14. Majlis Belia India Malaysia
15. Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia
ii. Organisasi Belia Beruniform
Organisasi belia beruniform kebanyakannya ditubuhkan
di zaman penjajahan British pada awal abad ke 20. Aktiviti organisasi
ini lebih tertumpu kepada gerakan perkhidmatan dan sosial. Kebanyakan
organisasi pertubuhan dalam kategori ini terdapat di sekolah-sekolah
dan institusi-institusi pendidikan. Persatuan-persatuan tersebut ialah :
1. Briged Putera Malaysia
2. Briged Puteri Malaysia
3. Persatuan Pandu Puteri Malaysia
4. Persekutuan Pengakap Malaysia
5. St. John Ambulans Malaysia
2. Briged Puteri Malaysia
3. Persatuan Pandu Puteri Malaysia
4. Persekutuan Pengakap Malaysia
5. St. John Ambulans Malaysia
iii. Organisasi Belia Agama
Organisasi yang terletak di bawah kategori ini
menjadikan agama sebagai landasan gerakan mereka. Aktiviti-aktiviti
yang dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan mengamalkan
hidup beragama di kalangan ahli-ahli. Persatuan-persatuan yang
tergolong dalam kategori ini ialah :
1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
2. Persaudaraan Belia Methodist Malaysia
3. Persatuan Pemuda Kristian (YMCA)
4. Majlis Belia Hindu Malaysia
5. Persatuan Belia Buddhist Malaysia
2. Persaudaraan Belia Methodist Malaysia
3. Persatuan Pemuda Kristian (YMCA)
4. Majlis Belia Hindu Malaysia
5. Persatuan Belia Buddhist Malaysia
iv. Organisasi Belia Pelajar
Organisasi belia yang termasuk dalam kategori ini
kebanyakkan daripada golongan masyarakat melayu. Matlamat mereka ialah
bagi memperkembangkan kemajuan pendidikan belia pelajar yang sedang
melalui alam persekolahan atau yang tercicir dalam bidang pendidikan.
Persatuan belia yang termasuk dalam kategori ini ialah :
1. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
2. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
3. Pergerakan Puteri Islam Malaysia
2. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
3. Pergerakan Puteri Islam Malaysia
v. Majlis Belia Negeri
Majlis Belia Negeri merupakan badan penyelaras belia
peringkat negeri. Kecuali Sabah dan Sarawak, semua negeri-negeri
mempunyai majlis belia negeri masing-masing.
BADAN GABUNGAN MBM
1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
2. Briged Putera Malaysia
3. Briged Puteri Malaysia
4. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
5. Gerakan Belia 4B Malaysia
6. Gerakan Belia Bersatu Malaysia
7. Majlis Belia Felda Malaysia
8. Majlis Belia Hindu Malaysia
9. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
10. Pergerakan Pemuda Malaysia
11. Persatuan Asrama Belia Malaysia
12. Persatuan Belia Buddhist Malaysia
13. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
14. Persatuan Pandu Puteri Malaysia
15. Persaudaraan Belia Methodist Malaysia
16. Persekutuan Pengakap Malaysia
17. St. John Ambulans Malaysia
18. Persatuan Pemuda Kristian (YMCA)
19. Pergerakan Puteri Islam Malaysia
20. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
21. Majlis Belia Negeri Perlis
22. Majlis Belia Negeri Kedah
23. Majlis Belia Negeri Pulau Pinang
24. Majlis Belia Negeri Perak
25. Majlis Belia Selangor
26. Majlis Belia Negeri Sembilan
27. Majlis Gabungan Belia Melaka
28. Majlis Belia Negeri Johor
29. Majlis Belia Negeri Pahang
30. Majlis Belia Negeri Terengganu
31. Majlis Belia Negeri Kelantan
32. Majlis Belia Wilayah Persekutuan
33. Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)
34. Majlis Belia Sabah
35. Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA)
36. Majlis Belia India Malaysia
37. Junior Chamber International Malaysia
2. Briged Putera Malaysia
3. Briged Puteri Malaysia
4. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
5. Gerakan Belia 4B Malaysia
6. Gerakan Belia Bersatu Malaysia
7. Majlis Belia Felda Malaysia
8. Majlis Belia Hindu Malaysia
9. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
10. Pergerakan Pemuda Malaysia
11. Persatuan Asrama Belia Malaysia
12. Persatuan Belia Buddhist Malaysia
13. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
14. Persatuan Pandu Puteri Malaysia
15. Persaudaraan Belia Methodist Malaysia
16. Persekutuan Pengakap Malaysia
17. St. John Ambulans Malaysia
18. Persatuan Pemuda Kristian (YMCA)
19. Pergerakan Puteri Islam Malaysia
20. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
21. Majlis Belia Negeri Perlis
22. Majlis Belia Negeri Kedah
23. Majlis Belia Negeri Pulau Pinang
24. Majlis Belia Negeri Perak
25. Majlis Belia Selangor
26. Majlis Belia Negeri Sembilan
27. Majlis Gabungan Belia Melaka
28. Majlis Belia Negeri Johor
29. Majlis Belia Negeri Pahang
30. Majlis Belia Negeri Terengganu
31. Majlis Belia Negeri Kelantan
32. Majlis Belia Wilayah Persekutuan
33. Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)
34. Majlis Belia Sabah
35. Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA)
36. Majlis Belia India Malaysia
37. Junior Chamber International Malaysia
38.Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia
BADAN BERSEKUTU MBM
39. Persatuan Belia Sikh Malaysia
PERHUBUNGAN
i. Hubungan dengan Kerajaan
MBM mempunyai hubungan yang erat dengan kerajaan,
terutamanya melalui Kementerian Belia dan Sukan dalam hal-hal yang
bersangkutan dengan belia dan gerakan belia. MBM juga turut bekerjasama
dengan lain-lain agensi kerajaan samada sebagai perunding atau
jawatankuasa dalam beberapa badan yang ditubuhkan oleh agensi
berkenaan.
ii. Hubungan dengan lain-lain badan bukan kerajaan
MBM saling menjalinkan hubungan baik dengan lain-ain
agensi bukan kerajaan seperti Persatuan Pengguna, Alam Sekitar,
PEMADAM, Pergerakan Wanita, Persatuan Kebajikan dan sebagainya.
iii. Hubungan dengan Pertubuhan Antarabangsa
Dalam hubungan antarabangsa, MBM mengamalkan Dasar
terbuka dan liberal tetapi selari dengan Dasar Luar Negara kerajaan.
MBM sentiasa memperkukuhkan hubungan antarabangsanya di samping
terlibat secara aktif menyertai program-program antarabangsa yang
dianjurkan.
Keutamaan hubungan antarabangsa MBM ialah melalui
pertubuhan peringkat sub-regional, regional dan antarabangsa lainnya.
Dalam hal ini, pertubuhan-pertubuhan yang menjadi keutamaan MBM dalam
Dasar Luarnya adalah CAYC, AYC, WAY dan lain-lain.
STRUKTUR
Perhimpunan Agung merupakan peringkat tertinggi
dalam menentukan dasar dan pendirian Majlis, Perhimpunan yang bersidang
setahun sekali ini juga bertanggungjawab memilih ahli-ahli
Jawatankuasa Kerja, menerima dan meluluskan laporan tahunan, penyata
dan neraca kewangan. Setiap badan gabungan menghantar perwakilan ke
Perhimpunan ini.
Di bawah Perhimpunan Agung ini terdapat Dewan
Tertinggi yang dianggotai oleh Jawatankuasa Kerja MBM dan seorang wakil
dari tiap-tiap badan gabungan MBM. Dewan Tertinggi adalah
quasi-legistive dan bertanggungjawab menentukan dasar, pendirian serta
program MBM yang tidak dapat diputuskan oleh Perhimpunan Agung. Di
samping itu Dewan Tertinggi juga berkuasa memandu perjalanan
Jawatankuasa Tetap dan Khas yang dilantiknya.
Kemudian terdapat pula Jawatankuasa Keja (EXCO) yang
berfungsi sebagai badan petugas Majlis. Jawatankuasa Kerja yang
dipilih oleh Perhimpunan Agung ini terdiri daripada seorang Presiden,
seorang Timbalan Presiden, tiga orang Naib Presiden, seorang Setiausaha
Agung, seorang Bendahari Kehormat, dua belas orang Ahli Jawatankuasa
Kerja dan seorang wakil dari Kementerian Belia dan Sukan sebagai
ex-officio. Jawatankuasa Kerja melaksanakan semua program selaras
dengan dasar-dasar yang ditentukan oleh Perhimpunan Agung dan Dewan
Tertinggi.
Berikut terdapat Jawatankuasa Tetap yang bertugas
dalam perkara-perkara tertentu seperti Pentadbiran, Hal Ehwal
Antarabangsa, Kewangan, Penerangan, Pendidikan, Pembangunan,
Perindustrian, Pertanian, Hari dan Minggu Belia Negara dan Hal Ehwal
Wanita. Bagi melaksanakan tugas-tugas selain daripada yang dinyatakan
di atas, MBM telah membentuk beberapa Jawatankuasa Khas seperti
Bangunan, Integrasi Nasional, Sukarelawan, Remaja, Anti Dadah dan
lain-lain.
Seterusnya terdapat sekretariat yang menjalankan
kerja-kerja pentadbiran, perhubungan dan perkhidmatan. Sekretariat MBM
diketuai oleh Setiausaha Agung dengan dibantu seramai 6 orang
kakitangan sepenuh masa.
Introduction
THE Malaysian Youth Council (MYC) is the
national umbrella body of youth organisations in Malaysia. The council
was established on July 23, 1948. It has three million members in 40
affiliates.
MYC aims to instil in Malaysian youths an integrated character in terms of mind, body and spirit. It also promotes responsibility, independence, volunteerism and patriotism as youths are the protagonists towards the progress and prosperity of the people, religion and nation.
Its aim is to achieve the objectives of the National Youth Development Policy in accordance with Vision 2020.
The MYC focuses on the demands of youths to be heard, their issues to be addressed and their roles upgraded.
Its main target is to establish integrated and inter-sectoral youth development to determine national development and revive the youth movement to build a strong Malaysian youth identity.
MYC aims to instil in Malaysian youths an integrated character in terms of mind, body and spirit. It also promotes responsibility, independence, volunteerism and patriotism as youths are the protagonists towards the progress and prosperity of the people, religion and nation.
Its aim is to achieve the objectives of the National Youth Development Policy in accordance with Vision 2020.
The MYC focuses on the demands of youths to be heard, their issues to be addressed and their roles upgraded.
Its main target is to establish integrated and inter-sectoral youth development to determine national development and revive the youth movement to build a strong Malaysian youth identity.
MYC achieves its targets by strengthening youth
organisations through idealism, activism and intellectualism. It also
encourages the exploration of new fields in youth and national
development and heightens the spirit of volunteerism among youths.
0 comments:
Post a Comment