16 July 2009 |

Program Gerak Daftar

P

rogram ini dijalankan untuk memberi taklimat kepada persatuan atau individu baru mengenai bagaimana menubuhkan pertubuhan belia yang baru. Dalam hal ini Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu akan menyelia semua pendaftaran persatuan-persatuan bagi memastikan semua persatuan belia dapat di daftarkan dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.

MAKLUMAN kepada cawangan baru yang telah diluluskan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia: Cawangan persatuan anda dinasihatkan supaya mengadakan mesyuarat agong yang pertama mengikut subseksyen 18(5) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007. Pertubuhan Belia yang telah berdaftar dengan ROY perlu menghantar Maklumat Yang Perlu Diberi mengikut Seksyen 22 - Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 selewat-lewatnya 60 hari selepas tarikh mesyuarat agong. Borang-borang pendaftaran dan lain-lain maklumat boleh di muat turun.


Apakah kesan langsung pelaksanaan Akta ini ke atas belia dan pertubuhan belia yang didaftar di bawahnya ?


Antara kesan langsung yang dikenalpasti apabila akta ini dikuatkuasakan termasuklah :

* Pertubuhan belia akan didaftar di bawah Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia, Kementerian Belia dan Sukan;

* Ahli dan Pemimpin Pertubuhan Belia hendaklah dari kalangan mereka yang berumur tidak kurang 15 tahun dan tidak melebihi 40 tahun;

* “Pertubuhan Belia” diberi definisi yang lebih jelas bagi memudahkan urusan pendaftaran serta membezakannya daripada pertubuhan lain;

* Ketua Pertubuhan Belia di peringkat kebangsaan hanya boleh menyandang jawatan utama tersebut selama 6 tahun secara berterusan;

* Kawal seliaan dan pemantauan ke atas pertubuhan belia yang berdaftar dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan;

* Sebarang pertikaian dalaman yang berlaku dalam pertubuhan belia yang berdaftar perlu diselesaikan menurut tatacara yang dinyatakan dalam akta;

* Majlis Belia Malaysia diiktiraf sebagai sebuah badan induk utama kepada pertubuhan belia dan ianya berperanan besar dalam penyaluran “suara belia”;

* Kesemua pertubuhan belia yang berdaftar di bawah akta ini, akan diberi perhatian besar oleh Kementerian Belia dan Sukan termasuklah dalam soal pemberian bantuan, pembangunan kepimpinan, pembangunan organisasi dan sebagainya;

* Identiti dan imej sebenar pertubuhan belia akan lebih terserlah sebagai organisasi untuk orang muda apabila ahli dan pemimpinnya dalam lingkungan umur tidak melebihi 40 tahun;

* Peluang yang terbuka luas untuk golongan muda menerajui pertubuhan belia secara tidak langsung akan dapat melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang bakal menjadi pemimpin pelapis negara;

* Ruang perundingan antara golongan belia dan kerajaan lebih terbuka luas, terarah dan bersistematik melalui forum perundingan yang diwujudkan iaitu Majlis Perundingan Belia Negara;

* Pendekatan pembangunan belia di negara ini akan melangkah ke era baru menerusi aplikasi penyelidikan dan pembangunan (R & D) dalam bidang pembangunan belia yang diperkenalkan di bawah akta ini

0 comments:

Post a Comment