10 April 2012 |

Hari Belia Negara (National Youth Day)

http://www.hbn.gov.my

Pengenalan 
 
The celebration of Hari Belia Negara (National Youth Day) is to honour the youth of the country as they have contributed greatly to the country and government.  They should not be viewed as a burden but rather they can be a precious asset to the nation as they are the determinants of the durability and strength of social, political and economic in the future.

As many as 11.9 million youth to be restored to the national development process by placing them in the mainstream of national responsibility that should be supported by all government agencies, private sector and NGO’s. They need to be educated, to be heard and appreciated by the various movements and excellent programs.

The concept of 1 Belia 1 Malaysia has been able to demonstrate their potential and they constantly need to be intensified. The success of National Youth Day 2010 was the best turning point towards bringing young blood to healthy and beneficial activities. The participation of youth in youth organizations continue to increase as a result of a surge of motivation for the Hari Belia Negara 2010 (2010 National Youth Day) should be maintained.

MBD DAN MBM


SIAPA KAMI

PENGENALAN
Majlis Belia Malaysia (MBM) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di negara ini. Penubuhan rasmi MBM adalah pada 9 September 1950 apabila Perlembagaan MBM diterima dan Sdr. F.C Arulanandum telah terpilih sebagai Presiden MBM yang pertama. MBM telah diiktiraf sebagai majlis belia peringkat kebangsaan bagi negara ini.
Ia ditubuhkan dengan tujuan untuk mengalakkan kemajuan belia yang seimbang di semua bidang ekonomi, sosial, mental, fizikal, akhlak dan politik. Di samping itu MBM juga bertujuan untuk memupuk perasaan kebangsaan dan semangat bekerja dengan penuh dedikasi untuk kepentingan masyarakat serta negara dan dengan itu melengkapkan diri mereka agar dapat hidup sebagai warga negara yang matang, kreatif, proaktif dan bertanggungjawab.

TUJUAN
Tujuan-tujuan utama majlis ialah :
Berusaha menegak dan mengukuhkan prinsip sukarela dan demokratik dalam pergerakan belia.
Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada kerajaan, badan-badan berkanun atau kepada badan-badan yang lain mengenai perkara-perkara berkaitan belia.
Mengadakan dan menjalinkan hubungan dengan majlis-majlis lain dan pertubuhan-pertubuhan belia kebangsaan dan antarabangsa.
Menggalakkan penghormatan antarabangsa, persefahaman antara kaum, kerjasama dan kesejahteraan menerusi kegiatan-kegiatan belia.
Menganjurkan dan mengalakkan minat untuk kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan pendidikan belia di kalangan badan-badan yang mempunyai minat dalam perkara ini.
Bekerja rapat dengan badan-badan yang bertanggungjawab berkenaan hal ehwal belia untuk kepentingan pergerakan belia.

KEAHLIAN
Keahlian MBM adalah terbuka kepada pertubuhan-pertubuhan belia kebangsaan dan Majlis-Majlis Belia Negeri di Malaysia yang mendukung matlamat serta usaha MBM.
Sesebuah pertubuhan belia kebangsaan layak menjadi badan gabungan jika ia mempunyai tidak kurang dari 20,000 ahli perseorangan dan bergerak sekurang-kurangnya di enam daripada empat belas buah negeri di Malaysia.
Pertubuhan itu juga hendaklah demokratik, dan bergerak sebagai pertubuhan sukarela, menjalankan urusan-urusan dengan berdikari dan memberikan peluang sepenuhnya kepada semua ahli untuk mengambil bahagian yang wajar dalam semua kegiatan, di samping keahlian itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Sekarang ini terdapat 36 buah badan kebangsaan dan majlis belia negeri serta 4 buah badan bersekutu yang bergabung dengan MBM (hampir kesemua pertubuhan belia di Malaysia) dengan jumlah ahli perseorangan tidak kurang dari 3 juta orang.
Organisasi belia kebangsaan terbahagi kepada empat kategori iaitu; Organisasi Belia Biasa, Organisasi Belia Beruniform, Organisasi Belia Agama dan Organisasi Belia Pelajar.

i. Organisasi Belia Biasa

Organisasi Belia Biasa ini merupakan pertubuhan belia yang memberi tumpuan kepada aktiviti sosio-ekonomi. Mereka merupakan kumpulan yang terbesar dan mempunyai rangkaian di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kampung (akar umbi). Antarapersatuan yang terlibat dalam kategori ini ialah :
1. Gerakan Belia 4B Malaysia  
2. Gerakan Belia Bersatu Malaysia 
3. Majlis Belia Felda Malaysia
4. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
5. Pergerakan Pemuda Malaysia
6. Persatuan Asrama Belia Malaysia
7. Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)
8. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
9. Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA)
10. Persatuan Belia Sikh Malaysia  
11. Persatuan Belia Thai Malaysia
13. Junior Chamber Malaysia
14. Majlis Belia India Malaysia
15. Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia

ii. Organisasi Belia Beruniform
Organisasi belia beruniform kebanyakannya ditubuhkan di zaman penjajahan British pada awal abad ke 20. Aktiviti organisasi ini lebih tertumpu kepada gerakan perkhidmatan dan sosial. Kebanyakan organisasi pertubuhan dalam kategori ini terdapat di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan. Persatuan-persatuan tersebut ialah :
1. Briged Putera Malaysia
2. Briged Puteri Malaysia
3. Persatuan Pandu Puteri Malaysia  
4. Persekutuan Pengakap  Malaysia  
5. St. John Ambulans Malaysia

iii. Organisasi Belia Agama
Organisasi yang terletak di bawah kategori ini menjadikan agama sebagai landasan gerakan mereka. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan mengamalkan hidup beragama di kalangan ahli-ahli. Persatuan-persatuan yang tergolong dalam kategori ini ialah :
1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
2. Persaudaraan Belia Methodist Malaysia
3. Persatuan Pemuda Kristian (YMCA)
4. Majlis Belia Hindu Malaysia
5. Persatuan Belia Buddhist Malaysia

iv. Organisasi Belia Pelajar
Organisasi belia yang termasuk dalam kategori ini kebanyakkan daripada golongan masyarakat melayu. Matlamat mereka ialah bagi memperkembangkan kemajuan pendidikan belia pelajar yang sedang melalui alam persekolahan atau yang tercicir dalam bidang pendidikan. Persatuan belia yang termasuk dalam kategori ini ialah :
1. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
2. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
3. Pergerakan Puteri Islam Malaysia

v. Majlis Belia Negeri
Majlis Belia Negeri merupakan badan penyelaras belia peringkat negeri. Kecuali Sabah dan Sarawak, semua negeri-negeri mempunyai majlis belia negeri masing-masing.

BADAN GABUNGAN MBM
1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)    
2. Briged Putera Malaysia
3. Briged Puteri Malaysia    
4. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)   
5. Gerakan Belia 4B Malaysia  
6. Gerakan Belia Bersatu Malaysia 
7. Majlis Belia Felda Malaysia
8. Majlis Belia Hindu Malaysia    
9. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
10. Pergerakan Pemuda Malaysia
11. Persatuan Asrama Belia Malaysia 
12. Persatuan Belia Buddhist Malaysia 
13. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
14. Persatuan Pandu Puteri Malaysia  
15. Persaudaraan Belia Methodist Malaysia 
16. Persekutuan Pengakap  Malaysia  
17. St. John Ambulans Malaysia
18. Persatuan Pemuda Kristian (YMCA)  
19. Pergerakan Puteri Islam Malaysia   
20. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
21. Majlis Belia Negeri Perlis    
22. Majlis Belia Negeri Kedah      
23. Majlis Belia Negeri Pulau Pinang   
24. Majlis Belia Negeri Perak   
25. Majlis Belia Selangor       
26. Majlis Belia Negeri Sembilan   
27. Majlis Gabungan Belia Melaka  
28. Majlis Belia Negeri Johor   
29. Majlis Belia Negeri Pahang   
30. Majlis Belia Negeri Terengganu  
31. Majlis Belia Negeri Kelantan  
32. Majlis Belia Wilayah Persekutuan
33. Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)
34. Majlis Belia Sabah    
35. Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA)
36. Majlis Belia India Malaysia
37. Junior Chamber International Malaysia
38.Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia

BADAN BERSEKUTU MBM
39. Persatuan Belia Sikh Malaysia  
PERHUBUNGAN
i. Hubungan dengan Kerajaan
MBM mempunyai hubungan yang erat dengan kerajaan, terutamanya melalui Kementerian Belia dan Sukan dalam hal-hal yang bersangkutan dengan belia dan gerakan belia. MBM juga turut bekerjasama dengan lain-lain agensi kerajaan samada sebagai perunding atau jawatankuasa dalam beberapa badan yang ditubuhkan oleh agensi berkenaan.
ii. Hubungan dengan lain-lain badan bukan kerajaan
MBM saling menjalinkan hubungan baik dengan lain-ain agensi bukan kerajaan seperti Persatuan Pengguna, Alam Sekitar, PEMADAM, Pergerakan Wanita, Persatuan Kebajikan dan sebagainya.
iii. Hubungan dengan Pertubuhan Antarabangsa
Dalam hubungan antarabangsa, MBM mengamalkan Dasar terbuka dan liberal tetapi selari dengan Dasar Luar Negara kerajaan. MBM sentiasa memperkukuhkan hubungan antarabangsanya di samping terlibat secara aktif menyertai program-program antarabangsa yang dianjurkan.
Keutamaan hubungan antarabangsa MBM ialah melalui pertubuhan peringkat sub-regional, regional dan antarabangsa lainnya. Dalam hal ini, pertubuhan-pertubuhan yang menjadi keutamaan MBM dalam Dasar Luarnya adalah CAYC, AYC, WAY dan lain-lain.

STRUKTUR
Perhimpunan Agung merupakan peringkat tertinggi dalam menentukan dasar dan pendirian Majlis, Perhimpunan yang bersidang setahun sekali ini juga bertanggungjawab memilih ahli-ahli Jawatankuasa Kerja, menerima dan meluluskan laporan tahunan, penyata dan neraca kewangan. Setiap badan gabungan menghantar perwakilan ke Perhimpunan ini.
Di bawah Perhimpunan Agung ini terdapat Dewan Tertinggi yang dianggotai oleh Jawatankuasa Kerja MBM dan seorang wakil dari tiap-tiap badan gabungan MBM. Dewan Tertinggi adalah quasi-legistive dan bertanggungjawab menentukan dasar, pendirian serta program MBM yang tidak dapat diputuskan oleh Perhimpunan Agung. Di samping itu Dewan Tertinggi juga berkuasa memandu perjalanan Jawatankuasa Tetap dan Khas yang dilantiknya.
Kemudian terdapat pula Jawatankuasa Keja (EXCO) yang berfungsi sebagai badan petugas Majlis. Jawatankuasa Kerja yang dipilih oleh Perhimpunan Agung ini terdiri daripada seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, tiga orang Naib Presiden, seorang Setiausaha Agung, seorang Bendahari Kehormat, dua belas orang Ahli Jawatankuasa Kerja dan seorang wakil dari Kementerian Belia dan Sukan sebagai ex-officio. Jawatankuasa Kerja melaksanakan semua program selaras dengan dasar-dasar yang ditentukan oleh Perhimpunan Agung dan Dewan Tertinggi.
Berikut terdapat Jawatankuasa  Tetap yang bertugas dalam perkara-perkara tertentu seperti Pentadbiran, Hal Ehwal Antarabangsa, Kewangan, Penerangan, Pendidikan, Pembangunan, Perindustrian, Pertanian, Hari dan Minggu Belia Negara dan Hal Ehwal Wanita. Bagi melaksanakan tugas-tugas selain daripada  yang dinyatakan di atas, MBM telah membentuk beberapa Jawatankuasa Khas seperti Bangunan, Integrasi Nasional, Sukarelawan, Remaja, Anti Dadah dan lain-lain.
Seterusnya terdapat sekretariat yang menjalankan kerja-kerja pentadbiran, perhubungan dan perkhidmatan. Sekretariat MBM diketuai oleh Setiausaha Agung dengan dibantu seramai 6 orang kakitangan sepenuh masa.

Introduction
THE Malaysian Youth Council (MYC) is the national umbrella body of youth organisations in Malaysia. The council was established on July 23, 1948. It has three million members in 40 affiliates.

MYC aims to instil in Malaysian youths an integrated character in terms of mind, body and spirit. It also promotes responsibility, independence, volunteerism and patriotism as youths are the protagonists towards the progress and prosperity of the people, religion and nation.

Its aim is to achieve the objectives of the National Youth Development Policy in accordance with Vision 2020.

The MYC focuses on the demands of youths to be heard, their issues to be addressed and their roles upgraded.

Its main target is to establish integrated and inter-sectoral youth development to determine national development and revive the youth movement to build a strong Malaysian youth identity.
MYC achieves its targets by strengthening youth organisations through idealism, activism and intellectualism. It also encourages the exploration of new fields in youth and national development and heightens the spirit of volunteerism among youths.

MSIE 2012


20 January 2012 |

1BELIA 1KEMAHIRAN - PELUANG UNTUK BELIA MAHIR INDUSTRI


PROGRAM 1BELIA 1KEMAHIRAN (1B1K)

1B1K adalah inisiatif dan kesedaran kepimpinan belia di Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi mewujudkan peluang belajar setara dikalangan para belia tidak kira samada belia itu tercicir dalam akademik mahupun gagal dalam PMR atau SPM. Peluang setara yang diberikan oleh kerajaan ini adalah dalam LATIHAN VOKASIONAL yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia. Dengan syarat kemasukan yang paling minima ialah Boleh 3M (Membaca, Menulis dan Mengira), MBM yakin peluang ini wajarlah dihebahkan kepada seluruh pelusuk tanahair khususnya kepada para belia yang masih tercari-cari haluan kerjaya masing-masing. Bantuan pembiayaan latihan secara pinjaman latihan kemahiran disediakan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) Kementerian Sumber Manusia.

Berikut adalah kursus yang ditawarkan:

1B1K001-AUTOMASI PERINDUSTRIAN & MEKATRONIK

(1)
H-176-2 Juruteknik Automasi
H-176-3 Juruteknik Automasi Senior

Tahap: SKM Tahap 2 & 3
Tempoh: 18 bulan
Penyedia Latihan:
Kolej WIT, Jalan Banting off Jalan Pandamaran, 42000 Port Klang, SELANGOR

1B1K002-KOSMETOLOGI

(2)
MP-060-1 Jurukecantikan
MP-060-2 Juruestetik

Tahap: SKM Tahap 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
Pusat Latihan Mizumi Beauty Academy, 3.20-3.21, Tingkat 3, Kompleks Pertama, Jalan Tunku Abdul Rahman, 50100 KUALA LUMPUR

(3)
N-030-1 Junior Spa Therapis
N-030-2 Senior Spa Therapis

Tahap: SKM Tahap 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
Kasih Anana Pro-Skills Institute (KAPS Institute), 13, Mezzanine Floor, Jalan Medan Tuanku, 50300 KUALA LUMPUR

1B1K003-TEKSTIL & PAKAIAN

(4)
K-012-1 Pembuat Pakaian Wanita
K-012-2 Pembuat Pakaian Wanita Kanan

Tahap: SKm 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
-

1B1K004-INDUSTRI HOSPITALITI & PELANCONGAN

(5)
HT-023-3 Pemandu Pelancong

Tahap: SKM 3
Tempoh: 5 bulan
Penyedia Latihan:
Travex Institute of Tourism, Lot 1.01, 1st Floor, Plaza First Nationwide, 161 Jalan Tun H.S Lee, 50000 KUALA LUMPUR

(6)
HT-010-1 Pramusaji
HT-010-2 Kaptan Makanan & Minuman

Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
ASEAN Culinary Academy, 11-1-2, Jalan Setia Prima (R) U13/R, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

(7)
L-041-1 Pembantu Penyedia Makanan
L-041-2 Penyedia Makanan

Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
ASEAN Culinary Academy, 11-1-2, Jalan Setia Prima (R) U13/R, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

(8)
L-110-1 Pembantu Penyedia Pastri
L-110-2 Penyedia Pastri

Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
ASEAN Culinary Academy, 11-1-2, Jalan Setia Prima (R) U13/R, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

(9)
L-100-1 Pembantu Penyedia Roti
L-100-2 Penyedia Roti

Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
Bakeri Ria Academy, No. 27A, Jalan Bandar 3, Taman Melawati, 53100 Hulu Klang, SELANGOR

1B1K005-AUTOMOTIF-KENDERAAN MOTOR

(10)
P-119-1 Juruteknik Automotif
TP-300-2 Juruteknik Kenderaan Motor

Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
A. Auto Terminal Training (TEKAT), No. 2 Jalan Hentian 5, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, 43000 Kajang, SELANGOR
B. Gemilang Motor Academy, No. 22, 24, 26, Jalan Ronggeng 3, Taman Skudai Baru, 81300 Skudai, Johor Bahru, JOHOR

(11)
P-030-1 Mekanik Kenderaan Perdagangan
P-030-2 Juruteknik Kenderaan Perdagangan

Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
A. Bakticon Skill Academy, B 20-22, Bandar Indera Mahkota 5, 25200 Kuantan, PAHANG

1B1K006-PEMESINAN LOGAM (METAL MACHINING)

(12)
MC-050-1 Pemesin Am
MC-031-2 Toolmaker – Metal Stamping Die

Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
Tech Terrain, Lot 777, No. 66, Blok D, Subang Jaya Light Industrial, Pjase 3, 47500 SELANGOR

(13)
MC-050-1 Pemesin Am
MC-030-2 Pembuat Perkakasan – Acuan Suntikan Plastik

Tempoh: 12 bulan
Tahap: SKM 1 & 2
Penyedia Latihan:
Tech Terrain, Lot 777, No. 66, Blok D, Subang Jaya Light Industrial, Pjase 3, 47500 SELANGOR

1B1K007-RANGKAIAN KOMPUTER

(14)
IT-030-2 Pembantu Juruteknik Rangkaian Komputer
IT-030-3 Juruteknik Rangkaian Komputer

Tahap: SKM 2 & 3
Tempoh: 18 bulan
Penyedia Latihan:
-

1B1K008-ELEKTRONIK INDUSTRI

(15)
E-011-1 Juruteknik Rendah Elektronik Industri – Peralatan
E-011-2 Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan

Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
-

1B1K009-INDUSTRI PENGHANTARAN (FORWARDING INDUSTRY)

(16)
FB-011-1 Pembantu Dokumentasi Penghantaran
FB-011-2 Penyelaras Operasi Penghantaran

Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
Global Edu Training Centre, Jln Bayu Tinggi 2/LS6, Batu Unjur, 41200 Klang, Selangor

||| TEMPOH LATIHAN

Tempoh latihan adalah mengikut Tahap yang ditentukan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia

Tahap 1: 6 bulan
Tahap 2: 6 bulan
Tahap 3: 12 bulan

||| PINJAMAN / BIASISWA

Pinjaman latihan kemahiran disediakan dan diuruskan oleh penyedia latihan. Pinjaman menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) Kementerian Sumber Manusia. Pada masa yang sama, JKMRM-MBM akan sentiasa berusaha mendapatkan penajaan/pembiayaan lain menerusi agensi-agensi kerajaan dan kerajaan-kerajaan negeri bagi perlaksanaan 1B1K

||| PERSIJILAN

Semua kursus yang ditawarkan adalah dibawah pengiktirafan dan persijilan yang dikeluarkan olehJabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia. Sijil yang dikeluarkan ialah SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) mengikut Tahap kelulusan.

||| PENGINAPAN

Semua penyedia latihan menyediakan penginapan asrama dengan kadar caj yang minima dan bersesuaian degan kemudahan yang tersedia.

PERTANYAAN, sila kirimkan ke alamat email: khidmatbelia@gmail.com atau hubungi +60128916767


Disediakan oleh:

RIZAN HASSAN
1BELIA 1KEMAHIRAN
BELIA BERKEMAHIRAN TANGAN EMAS NEGARA
https://www.facebook.com/notes/1belia-1kemahiran/1belia-1kemahiran-peluang-untuk-belia-mahir-industri/280908031941446
03 January 2012 |

KBS Kaji Kaedah Pemilihan 222 Wakil Parlimen Belia

PUTRAJAYA, 3 Jan (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mengkaji kaedah pemilihan 222 wakil Parlimen Belia untuk memastikan kesaksamaan gender dan kumpulan etnik.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Gan Ping Sieu berkata kementerian mencadangkan agar permohonan untuk menjadi wakil belia dilaksanakan secara talian berdasarkan kawasan parlimen di seluruh negara.

Cabaran besar proses ialah memastikan kesaksamaan gender dan semua kumpulan etnik, termasuk kumpulan minoriti mempunyai wakil di Parlimen Belia, katanya kepada pemberita, di sini Selasa.

"Proses pemilihan wakil belia dijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh satu atau dua bulan yang akan datang," katanya yang sebelum itu mengadakan dialog dengan National Young Lawyers Committee yang diketuai Presidennya, Richard Wee.

Gan berkata mereka yang berusia di bawah 30 tahun layak untuk memohon menjadi wakil Parlimen Belia namun mereka perlu mendapatkan pencalonan daripada Majlis Belia Malaysia (MBM).

Parlimen Belia dijangka akan bersidang pada penghujung tahun ini atau awal tahun 2013 dan KBS serta MBM akan mengadakan satu persidangan percubaan pada Mac atau April ini, katanya.

"Persidangan percubaan ini adalah untuk memastikan persidangan Parlimen Belia nanti berjalan dengan lancar," katanya.

Penubuhan Parlimen Belia merupakan satu daripada enam perkara utama dalam pelan pembangunan belia yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa Himpunan Satu Juta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 pada Mei lepas.

Mengenai kejadian mahasiswa ditahan kerana menyertai demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada awal pagi Ahad lepas, Gan berkata timbul beberapa tanda tanya dalam insiden tersebut.

"Saya hanya menonton klip video lapan minit itu. Banyak persoalan yang timbul...buat sementara ini biar siasatan diteruskan dan kita tunggu laporan," katanya.


-- BERNAMA
-- [http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=637786]
29 March 2011 |

PROGRAM SEMINAR KE ARAH CELIK KEWANGAN TAHUN 2011

ANJURAN MAJLIS BELIA DAERAH HULU TERENGGANU DENGAN KERJASAMA FOMCA DAN BANK NEGARA


TARIKH : 12 MAC 2011 (SABTU)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN PERPUSTAKAAN DAERAH HULU TERENGGANU
PENYERTAAN :

1) MAJLIS BELIA DAERAH HULU TERENGGANU
2) MAJLIS BELIA FELDA
3) GERAKAN BELIA 4B(M)KAWASAN HULU TERENGGANU
4) MAYC
5) PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN H.TRG
6) PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN HULU TERENGGANU
7) SEMUA PERSATUAN BELIA

OBJEKTIF:

UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN KEWANGAN KE ARAH MENINGKATKAN KUALITI HIDUP PENGGUNA MALAYSIA.

SEMINAR MENGGUNAKAN PENDEKATAN BERBENTUK LATIHAN PRAKTIKAL DENGAN PENEKANAN KEPADA AKTIVITI DAN LATIHAN AMALI.
27 March 2011 |

Makluman Perkabungan Atas Kemangkatan Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah

Semua pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri/ Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun di dalam negeri Terengganu dikehendaki menghormati perkabungan atas kemangkatan Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah, D.K., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Selangor) binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj selama 40 hari bermula 21 Mac 2011 hingga 29 April 2011 dengan memakai:

1. Bagi pegawai dan kakitangan Lelaki Melayu, memakai songkok berlilit kain putih berukuran 1 inci;
2. Bagi pegawai dan kakitangan Wanita Melayu,berselendang/kain tudung berwarna putih;
3. Bagi pegawai dan kakitangan Bangsa lain, bertali leher hitam atau lilitan lengan hitam (armband) di sebelah kanan (bagi lelaki) dan lilitan lengan hitam (armband) bagi wanita;
4. Bagi Polis dan Tentera menurut cara pemakaian yang telah ditetapkan oleh peraturan masing-masing.

.... SUK.TR.(S) 490/1/2-(12) bertarikh 22 Mac 2011

Sementara bagi pengibaran bendera pula, semua Bendera Negeri dan lain-lain Bendera kecuali Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) di Jabatan-Jabatan dan Bangunan-Bangunan Kerajaan Negeri, Persekutuan, Badan-Badan Berkanun serta Pihak Penguasa Tempatan, Bangunan-Bangunan Perniagaan, Perusahaan dan Kediaman hendaklah mengibarkan bendera setengah tiang mulai 21 Mac 2011 hingga 29 April 2011 iaitu tempoh 40 hari perkabungan

.... SUK.TR.(S) 490/1/2-(13) bertarikh 22 Mac 2011

Segala perhimpunan ramai dan majlis-majlis atau acara-acara anjuran Kerajaan dan Bukan Kerajaan yang berunsurkan hiburan ADALAH DITEGAH diadakan di seluruh Negeri Terengganu Darul Iman dalam tempoh berkabung yang disytiharkan selama 40 hari mulai 21 Mac 2011 hingga 29 April 2011, kecuali majlis-majlis atau acara-acara yang berunsurkan keagamaan, pendidikan, riadah dan ilmiah.

.... SUK.TR.(S) 490/1/2-(14) bertarikh 22 Mac 2011